Wednesday, October 01, 2008

Moestopo Beraya



Bismillah.. Assalaamu'alaikum wbkth..

Terlebih dahulu, kami membuka posting baru kali ini dengan ucapan 'Taqabbalallahu minna wa minkum", sesuai dengan sebuah hadis berdarjat hasan:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271.

Tanggal 1 Syawal 1429 H, bersamaan 1 Oktober 2008: Seusai mandi sunat Eid dan menjamah sedikit sarapan, kami keluar rumah seawal jam 6.15 pagi berjalan kaki menuju ke Masjid Jami' At Taqwa Bintaro Permai III untuk menyertai Solat Aidilfitri secara berjemaah bersama masyarakat setempat, mau solat di lapangan agak kejauhan. Sebahagian daripada pelajar Moestopo berangkat ke Kedutaan Besar Malaysia awal-awal lagi untuk Solat Eid di sana, sebahagian lagi di musholla berhampiran kosan Mba' Arie, sebahagiannya lagi beraya di Garut, selebihnya ada yang pulang ke Malaysia, beraya bersama keluarga dan sanak saudara di tanahair. Kami yang berhalangan pulang ke Malaysia, samaada untuk mengelakkan pembaziran mahupun berhadapan dengan masalah perpanjangan kitas, redha, terpaksa beraya di perantauan buat kedua kalinya.

Kegembiraan menyambut Aidilfitri tetap dapat dirasakan, pertama kerana pada hari ini lah umat Islam merayakan kemenangan berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan (Tahniah!!!) serta berjaya menyemarakkan lagi ibadat2 wajib dan sunat lainnya seperti Solat Tarawikh atau Qiyam Ramadhan, menunaikan zakat fitrah bagi menyempurnakan ibadah puasa daripada hal yang sia-sia, membaca Al Quran, mengeratkan silaturrahmi, dan lain-lain lagi. Rutin-rutin seumpama ini jarang dilalui pada bulan-bulan yang lain, maka, sudah sepantasnya, pemergian Ramadhan itu pasti dirindui dan bermulalah satu penantian for the next Ramadhan, semoga dipanjangkan usia kita semua, insyaAllah, semoga kita semua istiqamah beribadah. Gembira, kerana pada hari ini dapat berkumpul beramai-ramai, bertemu teman-teman dan rakyat Malaysia di Indonesia, tak lupa juga saudara-saudara kita yang berbangsa Indonesia, saling bermaaf-maafan dan membalas ucapan2 yang menyenangkan hati dan mengubati rindu kami pada Malaysia. Demikianlah...

Moestopo memulakan ziarah di pagi raya ke Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, tempat berkumpulnya rakyat Malaysia di Indonesia yang tidak pulang ke tanahair, terutama yang tinggal di Jakarta, seterusnya kami tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke rumah 3 Malaysian Officer yang terpenting buat pelajar Malaysia di Indonesia, iaitu En. Rosli, En.Jusoh (MARA), dan En.Jazman (JPA). Kami sangat terharu dengan kesediaan dan kegirangan tuan rumah melayani tetamu yang datang dengan pelbagai macam ragam serta karenah. Two thumbs up untuk keluarga En Rosli, Pak Jusoh, dan En Jazman. Pasti mereka sedang tidur nyenyak sekarang dek kecapeian melayani tetamu tadi siang...Sekalung apresiasi juga buat sahabat kami, Ng Poh Eng, kerana sudi menyertai kami dalam kunjungan dari rumah ke rumah.

Pastinya, pengalaman beraya di perantauan bakal menjadi satu episode terindah dalam memori kita semua selama bergelar 'anak perantau'..

So, what's next?? Sila klik di sini.


Beraya di KEDUBES: dari kiri: Poh Eng, Wani, Wan, Aizah, dan Hani.

Beginilah suasana Aidilfitri di KEDUBES..penuh dengan muka2 baru 2008

Semua sibuk nak ambil gambar dekat banner

Antara Moestoporian yang turut hadir..

Lagi Moestoporian '08

Saat paling bahagia..bersama En Rosli dan Pn Fatimah, isteri En Rosli (in blue)

Jalan2 dari rumah ke rumah. Hehe..teringat raya zaman kecik2.".Assalamualaikum..kami dah kenyang ni, nak duit raya??"(taktik lama)















Gambar kiri: Kue Raya di rumah En Rosli.

Gambar kanan: Pemandangan dari apartment En Jazman di Bellagio Mansion..Tak sempat nak bergambar bersama keluarga Pak Jusoh dan En Jazman sebab mereka sibuk melayan tetamu yang hadir..

Salam Lebaran buat keluarga, saudara mara, dan sahabat kami di Malaysia atau di mana jua anda berada, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.


#Menanti 4 Syawal..Jalan2 ke Taman Safari dan Kebun Bunga de Bogor...=)

5 comments:

Farhana & Farhani Azizan said...

salam ziarah..
Taqabbalallaahuminka waminkum..!

ape ye yang nggak meriahnye..
tengok superb je..
daku di sini lagi sadis..
kelas waktu raya..
xpi mane-mane pulak tu..
cume attend open houz budak2 rajen masak di hostel..
*i nampak ur handbag..hehe..rasa mcm u mkn kurus jerk*

*rindu nak beraya di malaysia..

*last but not least,
daku nak mohon maaf atas segala khilaf ye cik hani..kim salam pada semua kengkawan di moestopo..salam lebaran buat semua ye..
wassalam

Drg said...

kalau betullah nti nampak ana makin kurus, maka saksikanlah keberkesanan ana menahan lapar dan dahaga selama 1 bulan bukan saja dari sudut rohani (hehe..perasan), malah jasmani. Ana tak berniat nak kurus, mungkin tu 'nampak' dlm gambar je kot.Tak pon, nti rindu kat ana. Huihui..

Ana tidak katakan raya tahun ini tidak meriah, tapi statement ana: Raya tahun lepas lebih meriah, mungkin sbb last year semua 1 batch berkumpul, tahun lepas kan juniors lagi, tahun ni dah seniors, lain cerita...

Maaf juga dipohon dari sini, Salam Lebaran daripada Moestopo buat Uni of Massey, Palmerston North, NZ.

(maaf, agak personal)

Farhana & Farhani Azizan said...

koreksi :Taqabbalallaahuminna waminkum!

wani said...

alhamdulillah...walaupun sedih tp best jgk raya kali ni...tahniah buat diri sendiri yg berjaya raya di sini buat kali ke-2...ehehehhe

buat teman2 sekalian...maaf byk2 ye~~

Drg said...

hmm..best??
bagusla wani feel that so..

harap2 next yr boleh balik..