Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Thursday, November 27, 2008

Kenyataan Rasmi YDP2 Berhubung Kes Fitnah.

Saya dengan tegas menasihatkan supaya para pelajar di Jakarta menjauhi sebarang tindakan yang boleh mencetuskan permusuhan dan persengketaan. Hal-hal yang berbaur fitnah MESTILAH dihentikan. Kenyataan di bawah adalah atas prinsip keadilan dan menjaga keharmonian antara semua pihak.

Sejak kebelakangan ini, seorang pelajar UKRIDA iaitu Saudara Naseem telah dituduh dengan pelbagai hal yang diluar logik akal dan perkara ini telah menimbulkan polemik baik dikalangan pelajar mahupun pihak Kedutaan Besar Malaysia. Saya bimbang hal ini akan mengganggu kehidupan beliau dan menyebabkan prasangka yang tidak benar kepada beliau.

Saudara Naseem sendiri telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut. Beliau dikatakan sebagai membawa ajaran yang mengelirukan dan didakwa telah mengatakan bahawa babi itu halal, menghalalkan lelaki dan wanita bersentuhan, memaksa wanita haid membaca Quran dsb. Bagi saya, hal-hal yang dibangkitkan berupa fitnah dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali kerana pendakwa tidak pun mengemukakan bukti atas dakwaan yang diberikan. Tiada rakaman atau tulisan yang dibuat oleh Saudara Naseem yang diambil oleh pendakwa sebagai bukti atas dakwaannya.

Saya sendiri akan menyanggah beliau sekiranya beliau benar2 mengeluarkan kenyataan2 pelik begitu. Namun saya sangat yakin hal-hal itu tidak akan dan tidak pernah dinyatakan oleh beliau kerana ia jelas2 menyanggahi Quran dan Sunnah. Sedangkan semua orang tahu bhwa Naseem sangat menekankan aspek dalil dalam berbicara tentang agama. Menurut pelbagai risikan yang dibuat, tiada apa pun yang mengelirukan tentang ajaran yang disampaikan kerana setiap kenyataan disertakan rujukan daripada Quran, Sunnah, pandangan para sahabat Rasulullah s.a.w dan pandangan para ulama seperti 4 Imam Mazhab, Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar al-Asqalani, az-Zahabi, as-Syaukani, Dr Yusuf al-Qaradhawi dan pelbagai lagi. Sepatutnya kita semua berterima kasih atas kesudian beliau menyampaikan ilmu agama walaupun tidak dibayar se rupiah pun. Dan kalau pun sebahagiannya tidak suka mendengar taalim/kuliah agama, maka janganlah 'mencantas' program-program tersebut dengan fitnah dan pembohongan.

Adapun sekiranya Naseem mendakwa bahawa' menyentuh khinzir tidak perlu samak dengan air tanah' maka saya kira kenyataan ini masih termasuk dalam perbincangan para ulama. Imam Nawawi (mazhab Syafie) sendiri mengatakan tidak perlu samak sedemikian rupa dalam kitabnya al-Majmu' fi Syarhil Muhazzab . Sekiranya Naseem mendakwa bahawa 'menyentuh tangan suami & isteri tidak membatalkan wuduk' maka kita semua tahu bahawa itulah juga pendirian Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad dan ramai lagi ahli fiqh sepanjang zaman. Tentang pemaksaan wanita haid membaca Quran pula ia sangatlah tidak logik kerana ia adalah hak asasi individu dan Naseem menyedari bahawa beliau tak berhak memaksa orang lain. Banyak lagi dakwaan2 yg dilemparkan namun semuanya saya kira fitnah dan salah faham sahaja.

Maka saya berharap hentikanlah sebarang percubaan menjatuhkan orang lain melalui fitnah dan mencari aib sesama sendiri. Bersikap matanglah dan hentikanlah sifat hasad dengki. Jangan mudah melemparkan kenyataan sebelum saudara/ri benar2 memahami sesuatu dakwaan. Kepada saudara/ri yang suka mempercayai khabar angin, sila gunakan neraca ilmu dalam menilai sesuatu berita dan lihatlah siapa yang menyampaikan cerita tersebut.

Semua nasihat di atas ditujukan untuk kes Naseem dan orang-orang yang lain buat masa ini & di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Maksud firman Allah s.w.t: "(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar."
an-Nur: 15

Maksud firman Allah s.w.t: " Wahai orang-orang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,
maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (tidak hati-hati menerima berita), yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu."
al-Hujurat: 6
Ahmad Nabieh Abqory,
YDP PKPMI-CJ sesi 2008/09

Lanjut di: PKPMI's blog.

Monday, November 03, 2008

Du'aa of The One Experiencing Difficulty

Assalamu'alaikum wbkth..
Moestoporian..All the best for this mid-term examination..
Tenangkan jiwa anda sebelum menjawab dengan DOA:

"Allah huma la sahla illa ma ja'altahu sahla wanta taj'al al hazn iza shi'ta sahla" :

اللهم لا سهل الا ما جعلته سهلا و انت تجعل الحزن اذا شئت
سهلا،



Semoga dipermudahkan urusan..Ameen.


**Klik untuk besarkan imej


Assalamualaikum wbt

Firstly, congrats to Hani atas terwujudnye blog nih. Keep it up=) Terus konsisten dengan semangat.

(Hani minta akak bagi nasihat tapi rasanya berat sangat kalau guna kata nasihat tu. So, sekadar berkongsi coretan pengalaman, tak tau berguna ke tidak…sorry la kalau ada part merapu..insomnia nih)

Camne nak mula? hm..here goes~

Indonesia. Satu bumi yg tak asing lagi sebenarnya (ada darah Minangkabau yg mengalir nih=)

Bila tak jadi pergi Aussie, JPA offer ke Jakarta. Memang dh redha awal2 pun, pasal result A level keluar lagi lambat dari intake Australian Universities, so tempat yang tinggal sisa2 2nd intake…

‘Mcm mana boleh ke Moestopo sendiri?’

Special thanks to Cik Intan Liana JPA …

“Tak apa. Ada Malaysians under MARA n private students kat sana. Lagi pun university kamu sebelah-sebelah dengan UKRIDA n Trisakti,”

Best betul kena kelentong. Tak pasal2 famous.

Tapi, memang salah sendiri pun. Degil tak ingat nak ambil dentistry.

Setahun sendiri kat tempat orang, meng’hajar’ diri erti sebuah kehidupan (dan kesabaran). OSPEC 4 hari di kampus dah cukup menyeksakan, then sambung orientasi PKPMI di Menteng 2 hari (Alhamdulillah tradisi tu tak diteruskan)-tu pun mujur, Jamboree Moestopo kat Cibubur ‘bentrok’ dengan yg di Menteng. Tau2 je la sendiri OSPEC macam mana. Time tu tak sempat nak nanges dah. Lelah…

Pengalaman paling tak boleh lupa, bila terpaksa balik Bintaro satu malam. Esoknya kuliah. Konon terer nih. Naik bas dpn CL-nak ‘irit’, pasal tak terbayang kos bayar sendiri naik cab dan tak ingat pun jalan balik… Last2 terdampar kat Tanjung Priuk, Jakarta Utara (to those yang tak tau- Tanjung Priuk tu lagi jauh dari Cengkareng Airport).

Jam dah pukul 7 malam…Terkedu jap kat situ.

Tu belum cerita naik keretapi Baogor yang boleh sumbat ayam itik lagi…dah…Close case~

Alhamdulillah, dalam susah, tak pernah lagi ada yang namanya musibah. Paling teruk pun, rumah kost lama kena pecah masuk . Nasib baik selalu kunci pintu. SyukurT_T

Ada kawan yg pernah cerita, tengah duduk dalam bas, orang sauk pisau diam2 minta keluarkan duit. Yang pernah kena hypnotize pun tak kurang, dan macam2 lagi. Na'auzubillah… Mudah2an tak tertimpa kat kita. Tapi ini la namanya realiti hidup. Risiko ada kat mana2.

‘Walaupun kita lagi senang, jangan pernah sombong utk berdoa’

Perangai orang kat sini, macam2. Banyak je yg baik. Ramah tak ingat=) Bising kuliah tu selalu dek banyak sangat mulut over peramah. And banyak yang baik hati bab2 menolong. Sampai kadang kita yang rasa segan sebab banyak menyusahkan orang (terharu lagi bila ingat kak Silca tolong bawak Fatha masuk Rumah Sakit Pertamina tengah2 malam pasal bleeding tak berhenti dulu. Siap pinjamkan duit deposit masuk wad=)

Cuma bab nyontek tu jangan la ikut. Nilai yang jujur selalunya lagi tinggi dari yang nyontek, walau macam mana pun tak confidentnya kita time buat paper;)

Time mula 1st sem dulu, tak banyak dosen yang tau ada seorang Malaysian dlm kelas. Bila isu 'ambalat' timbul dalam kuliah Kewarganegaraan, aduh…Allah je yang tahu rasanya…Dosen yang patriotik!

”Satu persatu tanah kita dicuplik sama Malaysia!”

Siapa kita nak argue? Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sedar diri kita di tempat orang. Anyway, Malaysia dah menang pun…

Maya banyak menolong jadi translator tak bertauliah. Lidah Melayu Batam dia boleh pakai la jugak..hih.. Stakat kuliah tu boleh lagi since bahasa agak baku. Bila dah masuk bab bahasa gaul diaorang, ampun dech… gue kagak ngarti. Biasanya kena suruh mereka rewind balik…”lho ngomong apa sich?” haha…slalu je salah faham.

Nak cerita kisah 3 tahun takkan habis2…

**To adik2 juniors yg baru sampai; ‘Selamat Datang ke UPDMB’. Bertambah lagi jumlah adek2ku=) Lapangkan hati dengan apa yang ada. Memang kat sini banyak kekurangan kalau dibandingkan dgn Malaysia. Hirup yang manis, telan je yg pahit. insyaAllah semua ni akan jadi bekal utk hari esok.

Pasal academic, rasanya Chemi lagi layak utk sharing nih. Org tuh pnah dpt 4.0:-B Tp pract PA dia kalah 90-100 (nk jugak tuh menjobo=p) kalau nk tanya jugak , sile la… if segan kat sini, YM akak. Email add: nurintan7@yahoo.com.

**Untuk batch 2007, sabarkan2 diri dengan jari yang berdarah… tenang…ntar sem 5 ada lagi klamer yg lebih susah dan parah...Semangat!

**To Batch 2006; ~ala…tak de pape dah nak ckp. You guys kno’ me best. Ada pape datang je la 209 ni.

Oh ye…As orang lama ROHIS, nak pesan juga, ikut2 la aktiviti yg ada. Belajar bergaul dgn org sini. Paling kurang sekali jadi panitia. Tak rugi pun. Tak kira la. Jakarta Islamic Forum; kenal ngan student FKG Trisakti-UI. Sahur on The Road; rasa betapa bestnya konvoi tengah malam bagi2 makan kat orang (Bukhari and Yaya pun pernah pergi), Daurah, PSMI (tanya pengalaman Aizah and the gang (admin menambah: saye, Farhana Wanie, dan Che We =) join forum “Jadikan Cinta itu Halal dan Indah”…hih), ESQ etc…

Lagi satu pesanan penaja: Start kumpul gigi untuk pract endo, prostho dari sekarang…

Doakan skripsi akak…baru smalam Drg Ismaun approved judul. “Aplikasi metode penjangkaran dengan miniscrew implant untuk intrusi molar satu” huhu…memang gatal ambil tajuk susah. Nak ambil yang koman takut tak ada semangat. Nggak m’nantang(konon!)…Semoga tim dosen penguji bukan jenis yang killer…Bismillahi tawakkal tu a’ lallah~

InsyaAllah, semester depan masuk klinik=S

OK …segala yang baik dari Allah, yang buruk dari kelemahan akak sendiri…

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Taqabballahu minna wa minka

Nur Intan Adura

4th year, FKG UPDM(B)

0232, September 24, 2008


**Satu perkongsian dan pesanan yang bernas daripada kak Intan buat kita semua, harap dapat dimanfaatkan. Sebelumnya, saya telah melakukan sedikit editing dari segi perpanjangan kata dan huruf2 yang perlu dibesarkan. Kalau ada istilah Indonesia yang kurang difahami/pertanyaan lebih lanjut, harap dirujuk pada Kak Intan. TQ Kak Intan sudi meluangkan masa. Kita juga ternanti-nanti posting dari PE, Yaya and da gang, n Che Mi. Terimalah hadiah dari Kak Intan buat kita semua dan para pembaca:-




~Root Canal Treatment Procedures~



Bismillah..Aslmkm wbkth..

Adalah dirasakan sangat penting supaya seluruh pelajar Moestopo mengambil iktibar daripada nasihat YDP PKPMI-CJ, terutama point2 yang diwarnai merah. Sila baca full post di sini.

Ada
10 perkara yang perlu saya tekankan demi kebaikan kita semua. Mohon difahami dengan saksama.

  • Setiap AJK yang dilantik bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh amanah & dedikasi. Setiap ahli berhak untuk menegur secara baik kepada mana-mana AJK yang tidak berdedikasi.
  • Sebagai mahasiswa-mahasiswi, adalah menjadi tanggungjawab individu untuk menimba ilmu dalam bidang masing-masing. Namun, menjadi tanggungjawab rakan-rakan yang lain untuk membantu rakan-rakan yang kurang cemerlang. TIADA ISTILAH -Personal Glory!
  • Khusus kepada mahasiswa-mahasiswi dalam bidang sains tulin (FK, FKG dan Farmasi), kecemerlangan dalam ujian dan peperiksaan adalah penting. Namun jangan pernah memandang enteng medical skills & keterampilan sebagai seorang doktor dsb. Bijaklah dalam berkomunikasi, bersosial, berpakaian dan seumpamanya. Jangan bersikap pasif, menyendiri & merasa eksklusif. Tingkatkan bakat dan kebolehan dalam hal-hal non-medic seperti pengurusan, kepimpinan, kesenian dan kebudayaan.
  • Khusus kepada mahasiswa-mahasiswi aliran agama, capailah prestasi akademik yang terbaik kampus anda. Lengkapkan diri dengan kefahaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang- bidang agama yang lain. Sekiranya pulang ke Malaysia nanti ada yang menggelar saudara/ri sebagai ustaz/ustazah, maka pastikan gelaran itu benar-benar layak disandang. Persoalan aqidah, fikih dll perlulah dikuasai dengan baik demi menjaga kualiti & maruah sebagai graduan aliran agama.
  • PKPMI-CJ amat menggalakkan mahasiswa-mahasiswi Malaysia bergiat aktif di kampus. Persatuan ini tidak mampu untuk melengkapkan saudara/ri dengan pelbagai skills, ada keterbatasan di pihak kami. Namun kami akan berusaha sebaik mungkin. Kami juga akan berusaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan organisasi-organisasi di kampus sehingga pelbagai manfaat dapat diperolehi kita semua.
  • Perpaduan dan permuafakatan adalah hal yang penting dikalangan kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Hubungan baik dengan hendaklah bukan sahaja dikalangan mahasiswa Malaysia, namun MESTI diperluaskan ke segenap masyarakat Indonesia di tempat masing-masing . Jangan bersikap eksklusif sebagai warga Malaysia kerana warga Indonesia tidak sukakan hal itu. Terlibatlah secara aktif dengan bersolat jemaah, bertegur sapa, gotong-royong dan bertandang ke rumah Pak RT/RW dan jiran-jiran.
  • Sila jaga hubungan baik dengan warga Kedutaan Besar Malaysia. Berpakaian kemas lah setiap kali ke sana dan bersikap ramahlah kepada mereka. Sila berbudi bahasa yang tinggi apabila berkomunikasi dengan mereka. Banyak pihak menilai mahasiswa-mahasiswi sebagai kurang mesra. Sedapat mungkin, penuhilah undangan-undangan yang mereka berikan. Sekiranya hubungan saudara/ri dengan merek akrab, banyak manfaat yang bakal diperoleh.
  • Saudara/ri juga dilarang terlibat secara langsung dengan sebarang kegiatan yang dianjurkan oleh pihak pembangkang dari Malaysia. Begitu juga dengan kegiatan politik di Indonesia. Undangan kepada mana-mana pihak dari Malaysia perlumendapat kelulusan JPMI berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab individu untuk mengajukan perpanjangan KITAS kepada Biro Kebajikan & Keselamatan PKPMI-CJ di kampus masing-masing, PALING LAMBAT 4 bulan sebelum tarikh tamat. Untuk urusan EREP, boleh berhubung langsung dengan Pak Osman atau Biro Kebajikan & Keselamatan, PALING LAMBAT 3 minggu sebelum keberangkatan. Atas alasan keselamatan pula, setiap perjalanan ke luar Jakarta & melibatkan 5 orang & ke atas perlulah dimaklumkan kepada YDP PKPMI-CJ. Cukup sekadar menelefon.
  • Menjadi kewajiban kepada setiap ahli pesatuan untuk memperbaharui yuran keahlian setiap tahun. Kegagalan saudara/ri untuk berbuat demikian akan menyebabkan dana PKPMI-CJ susut sehingga tidak banyak pogram-program kebajikan yang dapat dijalankan. Kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bemanfaat melalui setiap biro yang ditubuhkan di PKPMI-CJ.
**Saya insaf..


Bismillah..Aslmkm wbkth..


Ikhwah & Akhawat..

Tanggal
26, 27, 28, 29 Sept '08 akan diadakan Qiyamullail di Masjid Bank Indonesia

Pada sebelah pagi Ahad dan Isnin, Qiyamullail akan disusuli dengan
Tausiyah Tazkiyatun Nafs:

  • pagi Ahad (28 Sept) : Fiqh Zikir
  • pagi Isnin (29 Sept) : Alam Jin serta patogenesisnya terhadap Kehidupan Kita

**Boleh pilih hari ape nak pergi (nak pergi semua pun boleh), siapa yang nak pergi boleh inform kan nama secepatnya supaya perjalanan dapat diuruskan. Lepas subuh boleh balik kalau nak balik, sahur disediakan, terbuka kepada semua pelajar.