Berteraskan kepada estetika kesenian dan kebudayaan, program ini juga memberikan ruang kepada peserta untuk mempersembahkan ekspresi kesenian mereka dengan cara yang tersendiri. Antaranya, menyanyikan lagu puisi, pantomin, dikir barat dan sebagainya disamping tidak ketinggalan pada tanggungjawab agama, bangsa dan Negara.Malam Sanggar Mustika merupakan acara yang berkonsepkan santai atau kasual. Konsep ini dipilih kerana kebiasaan penganjuran acara seperti ini lebih menekankan aspek penghayatan persembahan oleh para peserta.

Disamping mendengar dan menghayati persembahan, audien juga secara tidak langsung dapat melupakan perkara – perkara rutin harian buat seketika. Memandangkan pemilihan venue di lapangan yang terbuka, para audien akan beramai – ramai duduk di atas tikar yang disediakan sambil menikmati udara malam di Jakarta bersama – sama. Audien akan diberikan makanan berupa light food, snack dan pilihan minuman panas dan sejuk untuk dinikmati. Makanan dan minuman juga akan disediakan secara bergotong – royong oleh mahasiswa Malaysia. Para tetamu juga di alu - alukan membawa makanan secara pot – luck.

Marilah datang beramai-ramai!!


********************************************************************************

Here's a sneak peak of what's coming soon this friday ;




Tuesday, May 19, 2009

How To Be Updated

Untuk sesiapa yang sudah menjadi 'blogger' di blogspot, anda boleh mengikuti perkembangan blog moestopo dari masa ke masa dengan hanya mengikut beberapa langkah ini ;

1. Login ke dashboard blog ikut login ID masing-masing di blogspot


2. Scroll bawah ke 'Reading List'


3. Add link URL "http://moestoporian.blogspot.com/"


4. Pilih 'Following Options' sama ada secara public atau anonymously


5. Done! Sekarang anda boleh mengetahui segala perkembangan blog moestopo di Reading List.

Pada hari Ahad, 17 Mei 2009 lepas, telah berlaku sebuah sindiket penipuan secara berleluasa ke atas ramai pelajar universitas Trisakti dan beberapa orang pelajar Ukrida. Mereka yang terlibat hampir menjadi mangsa setelah menerima panggilan misteri dari seorang yang telah mengaku sebagai salah seorang kakitangan XL.

Cara penipuan hampir sama walau terdapat sedikit perbezaan. Segelintir daripada mereka telah menerima berita gembira apabila didapati memenang peraduan/voucher dan sebagainya dan diminta memindahkan sejumlah wang,lebih kurang 10 juta rupiah kedalam nombor rekening yang diberi sebagai langkah untuk menuntut hadiah wang tunai yang dijanjikan menang itu.

Pesanan : Jangan mudah terpedaya, berfikir dulu sebelum melakukan apa-apa.

Jika ada laporan kes atau informasi lebih lanjut, sila hubungi Nor Ubudiah bt Seti(Ketua Biro Kebajikan & Keselamatan) : 081807743798

Sumber

Saturday, May 09, 2009

New books from Medik Bookstore

Kepada sesiapa yang mahu memesan dan membeli buku :


1) Moore Clinically Oriented Anatomy 2009 ; rp525 000

2) Pocket Harrison ; rp300 000


Sesiapa yang berminat, boleh order through Kak Aizah (081807855355)

TQ.