Tuesday, May 19, 2009

Sindiket Penipuan

Pada hari Ahad, 17 Mei 2009 lepas, telah berlaku sebuah sindiket penipuan secara berleluasa ke atas ramai pelajar universitas Trisakti dan beberapa orang pelajar Ukrida. Mereka yang terlibat hampir menjadi mangsa setelah menerima panggilan misteri dari seorang yang telah mengaku sebagai salah seorang kakitangan XL.

Cara penipuan hampir sama walau terdapat sedikit perbezaan. Segelintir daripada mereka telah menerima berita gembira apabila didapati memenang peraduan/voucher dan sebagainya dan diminta memindahkan sejumlah wang,lebih kurang 10 juta rupiah kedalam nombor rekening yang diberi sebagai langkah untuk menuntut hadiah wang tunai yang dijanjikan menang itu.

Pesanan : Jangan mudah terpedaya, berfikir dulu sebelum melakukan apa-apa.

Jika ada laporan kes atau informasi lebih lanjut, sila hubungi Nor Ubudiah bt Seti(Ketua Biro Kebajikan & Keselamatan) : 081807743798

Sumber

0 comments: