Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts
Monday, November 03, 2008

Du'aa of The One Experiencing Difficulty

Assalamu'alaikum wbkth..
Moestoporian..All the best for this mid-term examination..
Tenangkan jiwa anda sebelum menjawab dengan DOA:

"Allah huma la sahla illa ma ja'altahu sahla wanta taj'al al hazn iza shi'ta sahla" :

اللهم لا سهل الا ما جعلته سهلا و انت تجعل الحزن اذا شئت
سهلا،



Semoga dipermudahkan urusan..Ameen.


**Klik untuk besarkan imej



Bismillah..Aslmkm wbkth..


Ikhwah & Akhawat..

Tanggal
26, 27, 28, 29 Sept '08 akan diadakan Qiyamullail di Masjid Bank Indonesia

Pada sebelah pagi Ahad dan Isnin, Qiyamullail akan disusuli dengan
Tausiyah Tazkiyatun Nafs:

  • pagi Ahad (28 Sept) : Fiqh Zikir
  • pagi Isnin (29 Sept) : Alam Jin serta patogenesisnya terhadap Kehidupan Kita

**Boleh pilih hari ape nak pergi (nak pergi semua pun boleh), siapa yang nak pergi boleh inform kan nama secepatnya supaya perjalanan dapat diuruskan. Lepas subuh boleh balik kalau nak balik, sahur disediakan, terbuka kepada semua pelajar.


Khusyuk...Masyuk..

Pelajar-pelajar Moestopo yang turut hadir..(depan dari kiri: Eni, Fatha, Syikin, Yaya)
(belakang dari kiri: Hani, Aein, Wani)

Bagus2..

Gabungan puteri2 UKRIDA n MOESTOPO

Gabungan putera2 Ukrida, Trisakti, dan Moestopo

Hye..Suke nye semua..

Hani, Aein, Wani, Wan, Yaya, Syikin, Fatha

Dah masuk part 2: Sunnah2 Dalam Berpuasa dan Puasa2 Sunnah..ape yg Lat tengok tu?

"Salam Ukhwah..Teruskan Pencarian Lailatul Qadar di 10 Malam Terakhir"

Tuesday, September 23, 2008

Laporan tanggal 21 Sept'08

Bimillah..Aslmkm wbkth..

Pada hari minggu lepas (Ahad), bersamaan 21 September 2008, schedule MDS@M agak padat..Bak kata orang Indonesia:"Cape' dehh..."
Pada jam 8.30 am-2.30 pm, telah berlangsungnya Seminar Fiqh Puasa dan Berhari Raya Menurut Sunnah. Seminar ini dibahagikan kepada 3 sesi, iaitu:

  1. 8.30 am-10.00 am : Puasa dan Aturannya
  2. 10.30 pm-12.00 pm : Sunnah-sunnah di Bulan Ramadhan dan Puasa-puasa Sunnah
  3. 1.00 pm-2.30 pm : Mutiara Sunnah di Hari Raya
Alhamdulillah, majlis ilmu ini berjalan dengan lancar, cuma ada beberapa kendala yang tak dapat dielakkan iaitu black out tanpa notis pada sebelah petang. Acara tetap diteruskan dalam suasana yang aman, pelbagai input baru dapat dikongsikan bersama pada hari tersebut dan diharap kita dapat mempraktikkannya dan meneruskan usaha menimba ilmu...Selamet ya..


Pada sebelah malam pula, hampir 40 pelajar Moestopo (selebihnya ada yang duduk di rumah dan ada yang pi King's Corner) hadir dalam acara Berbuka Puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khaled bin Nordin di Hotel Syahid Jaya, Jakarta. Antara institusi yang terlibat dalam menjayakan majlis Ifthar ini ialah Univ Prof Dr Moestopo sendiri, Univ Kristen Krida Wacana, Univ Trisakti, Univ Islam Negeri Syarief Hidayatullah, dan jemputan khas dari Bandung, Univ Padjajaran.

Kami menaiki 2 buah bas yang disediakan untuk ke sana. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Tetap PKPMI, diiringi oleh ucapan yang disampaikan oleh YDP PKPMI-CJ, Sdra Nabieh Abqorian, seterusnya ucapan ringkas dari Dato' Duta Malaysia di Indonesia, dan terakhir sekali, ucapan daripada Menteri Pengajian Tinggi yang berisi nasihat-nasihat berguna kepada penuntut2 Malaysia de Jakarta.

Majlis diteruskan dengan saat-saat yang amat dinanti, iaitu Ifthar bersama pelajar-pelajar Jakarta dan Dato' Khaled. Bermula dengan jamuan ringan, solat Maghrib, jamuan makan malam, dan solat Tarawikh (ramai juga yang bergambar time tu)...hehe..

**Setakat ni saje dulu..Nantikan gambar2 istimewa seputar tanggal 21 hb Sept 08..