Sunday, September 21, 2008

Ifthar Bersama Anak Yatim anjuran KUJ

Tanggal 20 September 2008, Kelab Umno Jakarta dengan kerjasama PKPMI cawangan Jakarta telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran bersama anak-anak yatim di Panti Asuhan Assiyah,Grogol. Kesemua mahasiswa angkatan 2008 dari Universitas Prof Dr Moestopo, Universitas Trisakti, UKRIDA dan Universiti Islam Negeri turut hadir untuk menjayakan program ini.Program dimulai dengan solat Asar berjamaah di Masjid Al-Muchlisin. Kemudian,semua mahasiswa dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk beramah mesra bersama anak-anak yatim. Permainan teka nama dijalankan sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa dan anak-anak panti asuhan. Seterusnya,diikuti dengan persembahan daripada anak-anak panti asuhan Asiyyah yang begitu berbakat. Program diteruskan lagi dengan majlis khatam Al-Quran yang diwakili oleh mahasiswa dari 4 universitas yang mengambil bahagian. UPDM diwakili oleh saudara Hafizzuddin bin Mohd Yusof dan saudara Nik Ahmad Fahmi. Selepas selesai acara khatam Al-Quran, kami semua menanti waktu berbuka dan masa diisi dengan berzikir. Apabila tiba waktu berbuka, kami mengalas perut sementara dengan kuih muih dan kurma yang disediakan oleh pihak penganjur dan bergerak ke masjid untuk solat Maghrib berjamaah. Setelah selesai solat, barulah kami disajikan dengan menu utama berbuka pada hari itu. Kami diminta duduk berhadapan dengan anak-anak yatim ketika berbuka dengan tujuan agar kami dapat berkenalan dengan lebih dekat dan sedikit sebanyak dapat mengetahui tentang kehidupan anak-anak yatim di situ. Program diakhiri dengan persembahan nasyid dari mahasiswa, ucapan penghargaan dari pihak panti asuhan dan penganjur serta sesi fotografi mahasiswa bersama-sama dengan anak-anak yatim Panti Asuhan Asiyyah.

Banner ini...

Dendangan lagu nasyid dan paluan gendang daripada adik-adik yang sungguh berbakat!

bersantai~~

Majlis Khatam Al-Quran oleh mahasiswa

Ucapan penghargaan dari pihak Panti Asuhan Asiyyah

Seronok tengok adik-adik nih semangat2 :)

Sesi fotografi

Antara tetamu yang hadir...

**posted by Syazu n Yana

0 comments: