Talk show dan Tayangan Filem “Sang Murabbi: Mencari Spirit yang Hilang”


Berkesinambungan dengan program Gema Ramadhan yang dianjurkan oleh Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Prof. Dr. Moestopo (B) pada 19 September 2008 bersamaan 19 Ramadhan 1429 H, satu sesi talk show serta tayangan filem “Sang Murabbi: Mencari Spirit yang Hilang” telah dilaksanakan sebagai salah satu dari pengisian aktiviti program. Talk show tersebut melibatkan sutradara,(Zul Ardhia) serta pemain utama,(Sutan Reinaldy) filem “Sang Murabbi”. Sesi ini membolehkan para mahasiswa/i bertanya jawab sebarang kemusykilan berkaitan pembikinan filem tersebut secara langsung kepada dua penunjang utamanya.

Secara ringkas, filem Sang Murabbi(Guru) ini merupakan cerita nyata yang mengisahkan perjalanan hidup serta perjuangan Ustaz Rahmat Abdullah, anak jati Jakarta dalam menyebarkan dakwah Islam. Anak murid Allahyarham terdiri dari golongan kelas bawah hingga ke golongan kelas atas termasuk Bpk. SBY serta anggota-anggota DPR dan MPR yang lain. Dimaklumkan juga Allahyarham tidak hanya aktif berdakwah di dalam negeri bahkan juga diluar negara termasuk Malaysia yang mana Allahyarham terkenal dengan panggilan Ustaz Rahmat.

Pembikinan filem ini memakan masa lebih kurang dalam 2 ½ tahun yaitu bermula pada tahun 2005 yang mana tercetusnya idea ini setelah Allahyarham meninggal dunia. Filem ini siap sepenuhnya pada April 2008 setelah menghadapi banyak kendala-kendala. Riset-riset yang terperinci dilakukan oleh sutradara bersama timnya sehingga tercetusnya dialog-dialog yang sangat bernas serta adegan-adegan yang sangat dekat dengan Allahyarham. Hal ini dibantu dengan penglibatan pemain utama filem yang juga merupakan anak murid Allahyarham.

Filem ini akan dibawa ke luar negeri untuk tontonan rakyat Malaysia serta Kanada dalam jangka waktu terdekat. Tim produksi akan berangkat untuk bertemu peminat-peminat filem di negeri Perlis, Malaysia. Jangan lepaskan peluang menonton filem “Sang Murabbi: Mencari Spirit yang Hilang” yang banyak menonjolkan unsur-unsur agama Islam yang tulus lagi benar. Filem ini sesuai ditonton oleh pelbagai peringkat umur.



Antara pelajar Malaysia yang turut menyerikan suasana: Aizah, Pah, Wani (di belakang tu ade lagi)

Dari kanan: 'Us.Rahmat', sutradara Sang Murabbi, Sh.Zafirah, Wani, Aizah (saya berasa jelous..)

Persiapan Talkshow Sang Murabbi

AJK ROHIS berdiskusi..

Semuanya kena siap cepat..

Dari kanan: Aizah, Wani, Dr Soebroto (Timb Dekan FKG Moestopo), Sh.Zafirah, Bukhari.


“Let give thumbs up to the production team for an excellent movie”


Mungkin ada yang nak tahu sikit tentang filem ni..di sini kami sajikan antara sedutan filem tersebut. Harapan kami, suatu hari nanti Malaysia juga mampu menghasilkan filem seperti ini, sekarang kelihatannya producer film di Malaysia lebih gemar membikin film2 'hantu', seram, yang kurang jelas motifnya, sebaliknya dipenuhi dengan unsur karut marut dan kurang dapat diterima akal. "Kritikan untuk Kemajuan".


Trailer 1



Trailer 2



**Salam perjuangan!!
"Ada yang lebih berat neng...pikirin umat.."

***posted by Aizah, assisted by Wani and Pah. Aktor Sang Murabbi juga menyatakan keinginannnya untuk bertemu dengan Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, satu pengikitirafan buat beliau..

**menanti laporan Buka Puasa di fakultas dan Buka Puasa KUJ bersama anak yatim di Panti Asuhan di Grogol..sape pulak ye??


2 comments:

aizah tnaty said...

it seems 2 b very 'mencapap' d power of three(wani,ifa n ...),
others dun't b jealous k ^_^
~lEt UnIte No MaTTer haPPeN~

Drg said...

ehem2...