Thursday, October 30, 2008

ESQ Datang Lagi!!!


Assalamualaikum wbt

“There are times when the silence is too loud. Sometimes it hurts to breathe.I don't know why, but my heart aches with such emptiness. Every breath I take, I want to cry at the utter desolation I feel inside. It's terrible to be so empty. No one knows I feel this way, and how could they? I mask it so well, smiling, concerned for others' well being.”( Sometimes It Hurts to Breathe …By: Spooks)

Sorry ambil space kt blog ni…(again). Panitia ESQ dah lama minta akak inform (dalam istilah lain, promote) kat anak2 Malaysia pasal this coming ESQ Training In House. Maaf sangat2 . Dari hari ke hari,tak jadi2 gk. Busy nak exam. Busy buat skripsi. Busy dgn tugas (ye la sgt=P). Tapi,amanah tetap amanah

Bila orang tanya, “apa yang baiknya pasal ESQ ni, apa bezanya ESQ dengan kursus-kursus lain?” rasanya susah nak terangkan. You have to experience it yourself.

Pernah rasa diri kita mcm poem kat atas? Atau kadang kita monolog sendiri “Apa lagi sebenarnya yang kita cari dalam dunia ni? Kenapa kadang kita rasa kita tak jumpa kebahagiaan yang hakiki?”

Kita score dlm exam. Kita dikelilingi orang-orang tersayang. Kita tunaikan kewajipan yang Allah suruh. Tapi, still,kenapa rasanya mcm ada something yang hilang?

InsyaAllah, ESQ ada semua jawapan utk soalan kat atas.

Plus, jangan ingat training ni serious sangat@-) Kalau tanya org sini, jawapan mesti satu: “Seru deh pokoknya ESQ!”

Alhamdulillah, bayaran untuk mahasiswa Moestopo cuma rp450.000. Cuma? Yes. Cuma. Pasal kat tempat lain, susah nak dapat. Kat Malaysia, sampai mencecah rm1000. Still, ramai Malaysians dh jadi alumni. Yang bagusnya, once dah bayar and join kat sini (dgn harga 450rb tu), alumni boleh join training kat Malaysia, eventho’ training tu kat hotel 5 star. For free. Sepanjang hayat, so tt kita boleh recharge hati kita selalu. So, 450rb ni untuk investasi seumur hidup…(bayaran utk tampung kos bayar trainer, kos peralatan, makan, gedung, dan lain-lain kos yang bersangkutan. Panitia terdiri dari para alumni sukarela dan tak mengambil sebarang untung=P)

Ok. Tu je for now. Shud you have any enquiries, please, feel free to ask=) Again, tiada paksaan.

Wassalam…

Apa itu ESQ?( Sumber: http://www.esq.com.my/main)

"Training ESQ adalah sebuah fenomena yang mampu mengubah kehidupan seseorang..."

Inilah kesimpulan para peserta sejak Training ESQ bermula pada tahun 2001 sehingga kini. Ini adalah kerana ESQ memang berbeza daripada modul-modul latihan yang lain. ESQ bukanlah sekadar latihan kepimpinan atau pengurusan tetapi Training ESQ adalah merupakan pelopor di dalam dunia bagi latihan yang menyentuh aspek spiritual dan emosional seseorang secara mendalam. ESQ adalah merupakan suatu inovasi terkini yang menekankan aspek kepentingan kecerdasan spiritual bagi setiap manusia. Adalah diyakini bahawa kecerdasan spiritual merupakan pusat dan landasan bagi kesemua kecerdasan yang ada iaitu Intellectual Quotient (Kecerdasan Intelektual) dan Emotional Quotient (Kecerdasan Emosional).

ESQ bertujuan untuk lahirkan manusia yang unggul dari sudut emosi dan spiritual dengan cara mengembangkan potensi keperibadian. Membentuk manusia unggul bukanlah suatu perkara yang mudah malah memerlukan suatu proses yang sistematik dan berkesinambungan selain daripada komitmen yang tinggi pada diri seseorang. Sehubungan dengan ini, ESQ adalah merupakan latihan yang berterusan tanpa henti dan memperkenalkan konsep "Pelaburan seumur hidup". Konsep ini bermaksud jika anda telah hadir Training ESQ, anda layak untuk hadir ke Training ESQ seterusnya di mana sahaja dan pada bila-bila masa secara PERCUMA. Inilah salah satu keistimewaan yang bakal anda perolehi daripada Training ESQ selain daripada konsep ESQ itu sendiri yang cemerlang yang akan membawa kepada cahaya dan harapan baru bagi kehidupan anda.

ESQ akan memandu seseorang dalam membangunkan prinsip hidup dan keperibadian berdasarkan ESQ Way 165. Angka 165 merupakan simbol bagi 1 hati yang Ehsan pada God Spot, 6 Prinsip Moral berdasarkan Rukun Iman dan 5 Langkah Kejayaan yang berdasarkan Rukun Islam.

Walaupun ESQ berasaskan agama Islam, ini tidak bererti ESQ hanya ditujukan secara eksklusif untuk individu Islam sahaja. ESQ adalah untuk semua tanpa mengira agama atau bangsa. ESQ adalah untuk sesiapa sahaja yang berkeinginan membentuk keperibadian yang unggul dan bertanggungjawab. Selain itu, ESQ juga merupakan suatu usaha yang telah dapat menghubungkan rasionalisme dunia kerjaya dengan spriritual keTuhanan dengan cukup berjaya yang akan membawa kepada bukan sahaja kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat.

Rahsia kejayaan Training ESQ bermula dari sebuah buku hasil karangan Ary Ginanjar Agustian yang bertajuk 'Membangun Kesuksesan Berdasarkan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman' pada tahun 2001. Buku ini menjadi tumpuan dan perhatian para pecinta ilmu sehingga buku ini mencapai jualan buku terlaris "best seller". Melihat pada sambutan yang diberikan oleh para pembaca, buku kedua yang diberi tajuk 'ESQ Power' diterbitkan. Buku kedua ini lebih menajamkan pemahaman ke dalam diri berasaskan Ehsan. Daripada sambutan yang terima dan di samping untuk menyempurnakan keseluruhan idea ESQ, maka terbitlah buku yang ketiga yang merupakan pembaharuan pada buku yang pertama yang bertajuk 'ESQ: Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual' yang juga telah mencapai jualan buku terlaris "best seller". Keseluruhan kandungan buku ini adalah merupakan proses pembelajaran dan pengalaman Ary Ginanjar selama 10 tahun.

Sejak buku pertama diterbitkan sehingga kini, ribuan sessi Training ESQ telah diadakan di Indonesia mahupun di negara-negara yang lain seperti di Malaysia, Singapura, Brunei, Holland, Eropah dan Amerika Syarikat. Sehingga Mac 2008, seramai 471,367 orang telah menghadiri Training ESQ ini dan seramai 6,674 datangnya daripada pelatihan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang. Sehingga kini, sebanyak 2,892 sessi Training ESQ telah diadakan di seluruh dunia.

TESTIMONIALS..

ESQ is very good and effective training that makes us get in touch with our spiritual and emotional side. Participants will come back recharged with renewed enthusiasm to be a person that he or she can be whether as a father, mother, entrepreneur, son, daughter, worker or boss.

Ahmad Nazri Ahmad Noor
HR General Manager
Kumpulan Karangkraf

ESQ Training in many areas have managed to enlighten and enhance my views and perception of myself and further strengthen my current inner beliefs and principles. Personally, ESQ in some ways has made me more optimistic and refresh my outlook towards life.

Wang Twee Pang
Branch Manager
PUSPAKOM

ESQ Sukses adalah harapan semua di zaman moden ini. Ternyata untuk mencapai hidup sukses tidak cukup mengutamakan IQ saja, namun diperlukan kematangan serta ketrampilan emosional dan spiritual

Usman Chatib Warsa
REKTOR UI
INDONESIA

Before I join the ESQ Training I did not realized I did awful things in my life especially to my families, friends and staff. I was egoist, naive and lot more of bad attitudes. ESQ shaked me and made me aware who am I, where am I coming from and where am I heading to. I feel remorse. ESQ had been the eye opener of my heart and will lead me to a better life on the way back to Allah the Almighty.

William de Weerd
Risk Manager
Rodamco Europe, Holland

Ary Ginanjar brings the deep power of ESQ to a vision of renewed and compassionate Islam. He has the voice of a wise teacher. His words opened my heart to the beauty of a faith I had never before understood.

Danah Zohar
Pengarang ‘Spiritual Intelligence’ & ‘Spiritual Capital’, ENGLAND

ESQ 165 balances the spiritual, emotional, and intellectual aptitude and attitude in me. It fits nicely in the total training philosophy of interfacing work, life, and learning.. I am truly impressed despite my 28 years experiencing in human capital development. Its' a mind opener.

Roslan Razak
VICE PRESIDENT 1 , SIME DARBY BUSINESS SCHOOL

I have had formal training on various kinds of learning. I had once seek religious knowledge and had continuously practiced the good deeds(amal) from the classes I attended. Then I was busy climbing the corporate ladder until I missed the pure feeling of happiness when you feel and aware that God is helping you in your every conduct-God even suppress your words so as not to be blurted out when you have the temptation to say something damaging. Three days in ESQ training gives me back the feelings. It is so serene. I realized my habitual conducts have changed abruptly. From my experience and knowledge in human resource development, ESQ Training is indeed a transformational learning; a learning experience that is capable to transform people which normally occur in real life situation such as being diagnosed with cancer or lost os someone dear

Nor Aliza Abd Latif
SENIOR MANAGER, HUMAN RESOURCE PLANNING TNB

P/s: Adik2 yang berminat boleh informkan kepada Kak Intan ye untuk dapatkan borang pendaftaran...


2 comments:

aizah tnaty said...

"Demi jiwa serta penyempurnaannya(ciptaan)nya[91:7]"

~evEryOnE r recommendEd to exPeriencE d impREssive ESQ Training atleast once~

iEda said...

ESQ, progrm pemantapan akidah manusia, membwa mnusia kembali ke jlan Allah, mengajak manusia untuk mencintai Allah dan RasulNya.

ESQ, feel the experience for a meaningful life..

Thanx GOD..