Tuesday, September 23, 2008

Laporan tanggal 21 Sept'08

Bimillah..Aslmkm wbkth..

Pada hari minggu lepas (Ahad), bersamaan 21 September 2008, schedule MDS@M agak padat..Bak kata orang Indonesia:"Cape' dehh..."
Pada jam 8.30 am-2.30 pm, telah berlangsungnya Seminar Fiqh Puasa dan Berhari Raya Menurut Sunnah. Seminar ini dibahagikan kepada 3 sesi, iaitu:

  1. 8.30 am-10.00 am : Puasa dan Aturannya
  2. 10.30 pm-12.00 pm : Sunnah-sunnah di Bulan Ramadhan dan Puasa-puasa Sunnah
  3. 1.00 pm-2.30 pm : Mutiara Sunnah di Hari Raya
Alhamdulillah, majlis ilmu ini berjalan dengan lancar, cuma ada beberapa kendala yang tak dapat dielakkan iaitu black out tanpa notis pada sebelah petang. Acara tetap diteruskan dalam suasana yang aman, pelbagai input baru dapat dikongsikan bersama pada hari tersebut dan diharap kita dapat mempraktikkannya dan meneruskan usaha menimba ilmu...Selamet ya..


Pada sebelah malam pula, hampir 40 pelajar Moestopo (selebihnya ada yang duduk di rumah dan ada yang pi King's Corner) hadir dalam acara Berbuka Puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khaled bin Nordin di Hotel Syahid Jaya, Jakarta. Antara institusi yang terlibat dalam menjayakan majlis Ifthar ini ialah Univ Prof Dr Moestopo sendiri, Univ Kristen Krida Wacana, Univ Trisakti, Univ Islam Negeri Syarief Hidayatullah, dan jemputan khas dari Bandung, Univ Padjajaran.

Kami menaiki 2 buah bas yang disediakan untuk ke sana. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Tetap PKPMI, diiringi oleh ucapan yang disampaikan oleh YDP PKPMI-CJ, Sdra Nabieh Abqorian, seterusnya ucapan ringkas dari Dato' Duta Malaysia di Indonesia, dan terakhir sekali, ucapan daripada Menteri Pengajian Tinggi yang berisi nasihat-nasihat berguna kepada penuntut2 Malaysia de Jakarta.

Majlis diteruskan dengan saat-saat yang amat dinanti, iaitu Ifthar bersama pelajar-pelajar Jakarta dan Dato' Khaled. Bermula dengan jamuan ringan, solat Maghrib, jamuan makan malam, dan solat Tarawikh (ramai juga yang bergambar time tu)...hehe..

**Setakat ni saje dulu..Nantikan gambar2 istimewa seputar tanggal 21 hb Sept 08..

0 comments: