Thursday, April 02, 2009

Sekapur Sireh...

Alhamdulillah...
Sudah 3 minggu kita melangkah ke semester baru dengan semangat yang baru , wajah baru, dan pelbagai cabaran baru yang mebuatkan hidup di Bintaro, Jakarta Selatan ini lebih bererti..

IPS dan IPK masing-masing telah diperoleh, TAHNIAH buat semua pelajar Malaysia di Moestopo, terutama bagi mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, bagi yang kurang berhasil, peluang untuk membaiki keputusan masih ada dan lakukanlah yang terbaik yang mampu anda lakukan...InsyaAllah, hasilnya lumayan..Teruskanlah usaha untuk semester yang berikutnya. Sama-sama kita terus membawa nama baik Malaysia dan mengadakan hubungan yang baik dengan rakan pelajar Indonesia, dosen-dosen, dan jiran setempat.

Bermulanya semester baru juga bererti sistem tarbiah Moestopo akan kembali aktif, begitu juga dengan aktiviti-aktiviti sampingan para pelajar yang dianjurkan oleh PKPMI-CJ dan KUJ, diharapkan pelajar dapat saling bekerjasama dan dapat memberikan sumbangan masing-masing, berpartisipasi sesuai dengan kemampuan ke arah pengukuhan institusi ini. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sampingan selama bergelar mahasiswa bukanlah satu pengalaman yang mudah diperoleh dan bukan pula satu kerugian, bahkan inilah satu aset untuk para pelajar mengasah ketrampilan , memperdalam ilmu, dan belajar untuk bersikap lebih professional serta bertanggungjawab, terutama apabila sudah melangkah ke alam kerjaya dan rumahtangga, serta ke alam hakiki nanti.

Moestopo juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih tak terhingga buat pegawai-pegawai kanan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia yang baru saja menamatkan tugas mereka di sini, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasa baik mereka yang selama ini begitu mengambil berat tentang kebajikan pelajar dan membuatkan hidup kami di sini lebih bererti. Semoga khidmat cemerlang tersebut dapat diteruskan sesudah kembali ke tanah air tercinta.

Sekalung penghargaan juga kami hulurkan buat YDP PKPMI-CJ yang juga bakal menamatkan khidmatnya tidak lama lagi, dan anak-anak buahnya, yang selama ini telah banyak bertungkus lumus menguruskan para pelajar di Jakarta (termasuklah Moestopo) dari aspek kebajikan, pelajaran, dan lain-lain. Tidak lupa juga kepada wakil-wakil pelajar di Moestopo, semoga dapat meneruskan khidmat yang cemerlang untuk efisiensi dan pengorganisasian di Moestopo. Pada kesempatan ini juga, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa orang rakan pelajar dari Universitas Kristen Krida Wacana dan Universitas Trisakti yang telah banyak menghulurkan bantuan dari sudut ilmu, kebajikan, dan tenaga, bagi sama-sama membina ummah yang gemilang =).

Tahniah, buat Kak Intan, satu-satunya supersenior kita di sini, merupakan perintis di kalangan pelajar Malaysia di Moestopo, yang baru saja memperoleh gelaran SKG dan baru saja melalui wisuda beliau, kita doakan masa depan yang cerah untuk beliau, semoga dipermudah segala urusan beliau apabila melangkah ke alam klinikal, semoga segalanya berjalan lancar, semoga semua masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan secepat mungkin, dan doakanlah segalanya yang terbaik untuk Kak Intan dan generasi-generasi seterusnya.

Para pelajar juga diharap dapat menjaga keselamatan, kesihatan, dan menjaga diri dan pengurusan kewangan personal selama berada jauh dari keluarga, kami mendoakan kesembuhan secepatnya kepada dua orang pelajar Moestopo yang telah dimasukkan ke rumah sakit baru-baru ini, atas sebab masalah kesihatan yang memerlukan mereka menginap di hospital, iaitu Nur Syikin Ahmad (pelajar angkatan 2006) dan Liyana Amran (pelajar angkatan 2008).Bersabarlah, semoga cepat sembuh, pulih seperti sediakala, dan dapat kembali ke kuliah seperti biasa. Sama-sama kita doakan.