Thursday, November 27, 2008

Kenyataan Rasmi YDP2 Berhubung Kes Fitnah.

Saya dengan tegas menasihatkan supaya para pelajar di Jakarta menjauhi sebarang tindakan yang boleh mencetuskan permusuhan dan persengketaan. Hal-hal yang berbaur fitnah MESTILAH dihentikan. Kenyataan di bawah adalah atas prinsip keadilan dan menjaga keharmonian antara semua pihak.

Sejak kebelakangan ini, seorang pelajar UKRIDA iaitu Saudara Naseem telah dituduh dengan pelbagai hal yang diluar logik akal dan perkara ini telah menimbulkan polemik baik dikalangan pelajar mahupun pihak Kedutaan Besar Malaysia. Saya bimbang hal ini akan mengganggu kehidupan beliau dan menyebabkan prasangka yang tidak benar kepada beliau.

Saudara Naseem sendiri telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut. Beliau dikatakan sebagai membawa ajaran yang mengelirukan dan didakwa telah mengatakan bahawa babi itu halal, menghalalkan lelaki dan wanita bersentuhan, memaksa wanita haid membaca Quran dsb. Bagi saya, hal-hal yang dibangkitkan berupa fitnah dan tuduhan yang tidak berasas sama sekali kerana pendakwa tidak pun mengemukakan bukti atas dakwaan yang diberikan. Tiada rakaman atau tulisan yang dibuat oleh Saudara Naseem yang diambil oleh pendakwa sebagai bukti atas dakwaannya.

Saya sendiri akan menyanggah beliau sekiranya beliau benar2 mengeluarkan kenyataan2 pelik begitu. Namun saya sangat yakin hal-hal itu tidak akan dan tidak pernah dinyatakan oleh beliau kerana ia jelas2 menyanggahi Quran dan Sunnah. Sedangkan semua orang tahu bhwa Naseem sangat menekankan aspek dalil dalam berbicara tentang agama. Menurut pelbagai risikan yang dibuat, tiada apa pun yang mengelirukan tentang ajaran yang disampaikan kerana setiap kenyataan disertakan rujukan daripada Quran, Sunnah, pandangan para sahabat Rasulullah s.a.w dan pandangan para ulama seperti 4 Imam Mazhab, Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar al-Asqalani, az-Zahabi, as-Syaukani, Dr Yusuf al-Qaradhawi dan pelbagai lagi. Sepatutnya kita semua berterima kasih atas kesudian beliau menyampaikan ilmu agama walaupun tidak dibayar se rupiah pun. Dan kalau pun sebahagiannya tidak suka mendengar taalim/kuliah agama, maka janganlah 'mencantas' program-program tersebut dengan fitnah dan pembohongan.

Adapun sekiranya Naseem mendakwa bahawa' menyentuh khinzir tidak perlu samak dengan air tanah' maka saya kira kenyataan ini masih termasuk dalam perbincangan para ulama. Imam Nawawi (mazhab Syafie) sendiri mengatakan tidak perlu samak sedemikian rupa dalam kitabnya al-Majmu' fi Syarhil Muhazzab . Sekiranya Naseem mendakwa bahawa 'menyentuh tangan suami & isteri tidak membatalkan wuduk' maka kita semua tahu bahawa itulah juga pendirian Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad dan ramai lagi ahli fiqh sepanjang zaman. Tentang pemaksaan wanita haid membaca Quran pula ia sangatlah tidak logik kerana ia adalah hak asasi individu dan Naseem menyedari bahawa beliau tak berhak memaksa orang lain. Banyak lagi dakwaan2 yg dilemparkan namun semuanya saya kira fitnah dan salah faham sahaja.

Maka saya berharap hentikanlah sebarang percubaan menjatuhkan orang lain melalui fitnah dan mencari aib sesama sendiri. Bersikap matanglah dan hentikanlah sifat hasad dengki. Jangan mudah melemparkan kenyataan sebelum saudara/ri benar2 memahami sesuatu dakwaan. Kepada saudara/ri yang suka mempercayai khabar angin, sila gunakan neraca ilmu dalam menilai sesuatu berita dan lihatlah siapa yang menyampaikan cerita tersebut.

Semua nasihat di atas ditujukan untuk kes Naseem dan orang-orang yang lain buat masa ini & di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Maksud firman Allah s.w.t: "(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar."
an-Nur: 15

Maksud firman Allah s.w.t: " Wahai orang-orang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,
maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (tidak hati-hati menerima berita), yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu."
al-Hujurat: 6
Ahmad Nabieh Abqory,
YDP PKPMI-CJ sesi 2008/09

Lanjut di: PKPMI's blog.

Saturday, November 08, 2008

POLAROID MAGAZINE (2nd Edition)!!

Alhamdulillah..Majalah Polaroid Edisi Pertama telah pun siap diterbitkan dan sedang diedarkan ke wakil cawangan masing-masing. Main editorial polacrew mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam memberi kerjasama menjayakan majalah sulung pelajar Malaysia di Indonesia ini. Sebarang kritik dan saran, feedback dan usul bolehlah disalurkan kepada contributor cawangan masing-masing. Tahniah buat para pemenang dan terima kasih kepada pihak penerbitan majalah yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Majalah Polaroid Edisi Pertama!!! Semoga hubungan semua pelajar Malaysia di Indonesia dari berbagai cawangan bertambah erat dan lebih ramai bakat terpendam dapat dicungkil!!




PERTANDINGAN KARYA POLAROID

A.Penulisan Karya ilmiah

-Penulisan bersifat ilmiah (fakta, analisa isu dsb)

-Tema adalah bebas (perubatan, isu semasa dsb)

-Tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman, politik dsb

-Panjang karya hendaklah di antara 360 – 1500 patah perkataan


B.Penulisan Karya kreatif

i)Karya kreatif berbentuk puisi, seloka, syair dsb

ii)Cerpen

**Panjang karya hendaklah di antara 360 – 1500 patah perkataan



C.Deskripsi lokasi menarik (Around Indonesia)

-Hebahkan tentang lokasi-lokasi menarik di tempat anda (wisata, makanan dsb)

-Panjang karya hendaklah di antara 360 – 1500 patah perkataan

-Disertai gambar yang berkaitan (format JPEG)


Syarat-syarat penyertaan :

1.Terbuka kepada semua ahli PKPMI di seluruh Indonesia.

2.Memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk setiap katagori.

3.Karya adalah asli. Mana-mana karya yang didapati tidak asli akan ditolak sama sekali.

4.Format karya :

- Microsoft Word

- Font Times New Roman, ukuran 12

- Line spacing 1.5

- Alignment justify

- Disertai NAMA, UNIVERSITI, ALAMAT di INDONESIA & NO TELEFON

5.Penyertaan hendaklah dihantar ke pkpmi_magazine@yahoo.com sebelum 4 Disember 2008

6.Anda bebas menghantar seberapa banyak karya selagi ia adalah karya asli dari anda.

7.Keputusan juri adalah muktamad.

8.Karya yang terpilih akan disiarkan di Majalah POLAROID dan menerima hadiah wang tunai Rp200.000, sijil dari Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia & majalah POLAROID secara percuma untuk keluaran semasa.


CATATAN: Mana-mana karya yang didapati tidak asli akan tertolak secara automatik!!


***Buat semua Moestoporian, mari sama-sama kita jayakan Polaroid Magazine, majalah pelajar Malaysia seluruh Indonesia, hantar karya banyak-banyak, tidaklah menjadi satu kerugian, latihlah diri dengan bakat menulis mulai dari sekarang..Anda mampu melakukannya!!! Sebagai pemicu kepada penglibatan anda dalam bidang penulisan, saya dengan sukahati mengumumkan bahawa 2 orang wakil pelajar Jakarta telah memenangi Karya Kreatif dan Karya Ilmiah, salah satu daripada karya tersebut bolehlah dirujuk di sini.



~Selamat Berkarya~
Farhani Binti Md Azizan,
contributor cawangan Jakarta,
zealous_jovial_87@yahoo.com



Thursday, November 06, 2008

Acara Hujung Minggu Ini..

1. Kelab UMNO Jakarta, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta dan Pusat, UKRIDA Malaysian Students Association, dan Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI)

mempersembahkan

Malam Sedondang Sayang

RUMAH TERBUKA PELAJAR MALAYSIA SELURUH JAKARTA
Ahad, 9 November 2008
Aula UKRIDA, Jakarta Barat


Pelbagai hidangan makanan menarik, tayangan filem budaya, tarian kebudayaan menanti anda!


Penampilan istimewa persembahan teater pelajar bertajuk ‘Tanah Bernanah’.
Penyampaian Hadiah serta Nama-Nama Pelajar Yang Terpilih Mengikuti Program Ke Karnival Sukan Jogja 14-16 November 2008 akan turut diumumkan pada akhir majlis!

Terbuka kepada Seluruh Pelajar Malaysia di Jakarta

Pakaian:
Lelaki: Baju Melayu Lengkap beserta Samping/ Sut Hitam
Perempuan: Baju Tradisional
Confirm Kedatangan Anda dengan wakil dari setiap universiti:

Universitas Prof Dr Moestopo: Yaya ya2_empire@yahoo.com,


Mari beramai-ramai meriahkan suasana!


2. Karnival Sukan Mini Jakarta
sempena Karnival Sukan SeIndonesia (14-16 Nov 2008, Jogjakarta)


Futsal - Badminton - Bowling

Satu karnival sukan mini akan diadakan pada 9 November 2008 sempena persediaan menyambut karnival sukan seIndonesia yang bakal diadakan di Jogjakarta pada 14 hingga 16 November 2008 nanti.

Pertandingan bagi permainan Futsal, Badminton, dan Bowling akan diadakan pada hujung minggu ini bagi membolehkan panitia memilih pemain berbakat untuk mewakili Jakarta ke Karnival Sukan di Jogja tersebut.

Berikut adalah butiran tentang pertandingan-pertandingan:


A. BADMINTON DOUBLES


1. Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan Badminton, anda boleh emailkan nama anda kepada saudara Fahmi di
mpami02@yahoo.com atau hubungi 081808976662.

2. Kategori yang dipertandingkan adalah Double Lelaki dan Double Perempuan.

3. Terbuka kepada semua yang mendaftar sebelum hari
Jumaat, 7 November 2008.

(Seramai 5 orang pemain yang akan dipilih mewakili Jakarta)


B. BOWLING OPEN


1. Pertandingan Bowling Open akan diadakan pada hari Ahad, 9 November 2008 di AutoMall, Jl Jend. Sudirman. (Bersebelahan dengan Ritz Carlton Pacific Place)

2. Terdapat 2 Kategori yang dipertandingkan iaitu Ketegori Lelaki dan Perempuan. Hadiah akan diberi pada pemain terbaik setiap kategori.

3. Bagi kedua-dua kategori, pemain dapat memilih dua pakej yang ditawarkan.

4. Pakej A adalah pakej individu dimana peserta membayar sebanyak Rp10 000 per game (Tidak termasuk kasut). Pertandingan akan dimulakan pada jam 1 petang. Panitia akan mengambil jumlah point bagi 2 Game bermula jam 1 Petang.

5. Pakej B adalah pakej berkumpulan. Peserta pakej ini berpeluang menikmati permainan Unlimited dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pihak panitia akan memberitahu pemain game yang akan diambil kira untuk pertandingan iaitu 2 game yang bermula selepas jam 1 petang.

6. Jumlah peserta untuk pakej B adalah 5 orang per team.
Bayaran per orang adalah cuma Rp40 000 (untuk main sampai puas dari jam 10am-5pm)

7. Bagi yang berminat mengikuti pertandingan ini, sila emailkan nama pada saudara Nash di izzun_nasheef@yahoo.com atau hubungi 085959479250 selewat-lewatnya
Jumaat, 7 November 2008.

(Seramai 3 peserta Lelaki dan 3 Wanita bakal dipilih mewakili Jakarta)


C. FUTSAL ALLSTARS


1. Pertandingan Futsal Allstars juga akan diadakan bagi membolehkan panitia memilih permain yang akan mewakili Jakarta ke Jogja nanti.

2. Sebanyak 2 team dari UKRIDA, 2 dari Trisakti, 2 dari UIN, dan masing-masing 1 dari UI dan Moestopo akan bertanding pada pertandingan ini.

3. Pertandingan bakal berlansung pada 9 November 2008, bertempat di Kampus 2 UKRIDA, Jakarta Barat.

4. Bagi membolehkan pemilihan dilakukan dengan adil dan membuka peluang kepada semua pemain dari setiap angkatan, format pertandingan AllStars diperkenalkan pada kali ini.

5. Setiap team yang bertanding disyaratkan oleh panitia untuk memilih pemain terbaik dari setiap angkatan. Satu pasukan yang terdiri daripada 7 pemain (5 main, 2 sub) harus tidak boleh melebihi 2 orang pemain dari angkatan yang sama.

6. Walaupun pemilihan pemain yang bakal mewakili Jakarta adalah secara individu (tidak semestinya semua terpilih dari team juara), team yang menjuarai pertandingan akan mendapat hadiah menarik.

7. Sebarang pertanyaan dan pendaftaran team bolehlah email ke traiblaizers_xp7@yahoo.com atau hubungi saudara Pai di 081932316990
selewat-lewatnya Jumaat, 7 November 2008.

(Sebanyak 16 orang pemain akan dipilih mewakili Jakarta)



Monday, November 03, 2008

Du'aa of The One Experiencing Difficulty

Assalamu'alaikum wbkth..
Moestoporian..All the best for this mid-term examination..
Tenangkan jiwa anda sebelum menjawab dengan DOA:

"Allah huma la sahla illa ma ja'altahu sahla wanta taj'al al hazn iza shi'ta sahla" :

اللهم لا سهل الا ما جعلته سهلا و انت تجعل الحزن اذا شئت
سهلا،



Semoga dipermudahkan urusan..Ameen.